请选择 进入手机版 | 继续访问电脑版
登录 | 立即注册 切换到窄版
查看: 697|回复: 0

PIKUL TANGGUNGJAWAB DENGAN JUJUR, IKHLAS

[复制链接]
发表于 2018-5-16 13:43:53 | 显示全部楼层 |阅读模式

马上注册,结交更多好友,享用更多功能,让你轻松玩转社区。

您需要 登录 才可以下载或查看,没有帐号?立即注册

x
SULTAN JOHOR: PIKUL TANGGUNGJAWAB DENGAN JUJUR, IKHLAS


DYMM Sultan Johor bertitah mengingatkan kepimpinan baharu Kerajaan Negeri Johor supaya memikul amanah serta tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan rakyat.


Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, janji-janji yang ditaburkan pada pilihanraya lalu perlu ditunaikan, disamping memastikan pentadbiran yang telus.


"Kerajaan Negeri mestilah bertindak mengikut prosedur, peraturan dan undang-undang," titah Baginda pada Majlis Istiadat Pengisytiharan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di Dewan Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru hari ini (16 Mei).


Tuanku Sultan Ibrahim bertitah, Baginda akan meneliti setiap tindakan dan keputusan Kerajaan Negeri, disamping memberikan nasihat, teguran serta pandangan untuk memastikan kepentingan rakyat dan negeri dijaga.


"Saya tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengkhianati negeri dan rakyat saya atau cuba menghancurkan perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup Bangsa Johor," titah Baginda.


Tuanku Sultan Ibrahim turut mengingatkan barisan EXCO yang dipilih supaya memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Menteri Besar.


"Sekiranya ada Ahli EXCO yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya, saya harap Menteri Besar tahu bagaimana untuk menyelesaikannya," titah Baginda.


Tuanku Sultan Ibrahim bertitah, jawatan yang disandang bukan untuk mencari kemewahan atau mengkayakan ahli-ahli parti, sebaliknya perlu menjalankan perkhidmatan dengan penuh integriti, dedikasi, adil dan saksama.


#sultanjohor
#royalpressoffice

FB_IMG_1526449350528.jpg
FB_IMG_1526449334142.jpg
FB_IMG_1526449327198.jpg
马来西亚的朋友。你们加入这网站了吗?
您需要登录后才可以回帖 登录 | 立即注册

本版积分规则

隱私權條|Archiver|手机版|小黑屋|柔佛.com  

GMT+8, 2018-6-24 07:50 , Processed in 0.062739 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.3

© 2001-2017 Comsenz Inc.

快速回复 返回顶部 返回列表
Open Chat.
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start