请选择 进入手机版 | 继续访问电脑版
登录 | 立即注册 切换到窄版
查看: 2371|回复: 0

#sultanjohor

[复制链接]

1663

主题

1665

帖子

5348

积分

管理员

Admin

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

积分
5348
发表于 2018-3-15 21:43:33 | 显示全部楼层 |阅读模式

马上注册,结交更多好友,享用更多功能,让你轻松玩转社区。

您需要 登录 才可以下载或查看,没有帐号?立即注册

x
SULTAN JOHOR AMPUNKAN NAZRI AZIZ, TIDAK MAHU KEMELUT BERPANJANGAN


DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap dan mengampuni Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz yang sebelum ini mengaitkan Baginda dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta Istana Johor dalam isu politik.


"Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai berpecah-belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat salah, datang mengadap dan mohon ampun.


"Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) juga sudah ampunkan," titah Baginda kepada Royal Press Office.


Dalam pertemuan selama hampir sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (15 Mac) bersama Tunku Ismail, Tuanku Sultan Ibrahim bertitah bahawa Baginda amat mementingkan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negeri Johor melalui perpaduan serta pengukuhan muafakat Bangsa Johor.


Tuanku Sultan Ibrahim turut bertitah memberi amaran keras kepada segelintir pihak supaya tidak memanjangkan lagi isu ini kerana dianggap sudah selesai.


"Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecah-belahkan perpaduan yang sudah terbina selama ini," titah Baginda.


Pada 2015, Sultan Ibrahim pernah memberi amaran keras kepada Nazri supaya tidak campur urusan Istana atau membuat kenyataan yang mengaitkan Institusi DiRaja Johor.


~~~~~~~~~~~


JOHOR RULER ACCEPTS MINISTER’S APOLOGY OVER UNCOUTH LANGUAGE


HM The Sultan of Johor, who was irked by Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz for saying he would “whack” the Johor royalty if they meddled in politics, today granted an audience to the Tourism and Culture Minister, during which he apologised over his uncouth language over the matter.


HRH Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim was also present during the hour-long meeting at Istana Pasir Pelangi in Johor Bahru today (15 March).


Mohamed Nazri, speaking to the media in June 2015, had chided the Johor Crown Prince, claiming that Tunku Ismail’s royal position will not save him from the law should he interfere in the government’s business.


This was in reference to comments Tunku Ismail had made about 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Tuanku Sultan Ibrahim told the Royal Press Office, “As a human being, it is normal to make mistakes. So, if you realize you’ve done wrong, make amends quickly.


"Don’t let it cause disunity, especially as Malays because we are a cultured race. If you have erred, seek an audience and ask for forgiveness.”


His Majesty said as the sovereign Ruler of Johor, he took a serious view of the wellbeing and prosperity of Bangsa Johor, and unity and solidarity of his subjects.


#sultanjohor
#royalpressoffice

FB_IMG_1521121333624.jpg
FB_IMG_1521121326675.jpg
FB_IMG_1521121319661.jpg
FB_IMG_1521121314707.jpg
FB_IMG_1521121310440.jpg
https://api.whatsapp.com/send?phone=60146698058
您需要登录后才可以回帖 登录 | 立即注册

本版积分规则

隱私權條|Archiver|手机版|小黑屋|柔佛.com  

GMT+8, 2018-6-24 07:49 , Processed in 0.219109 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.3

© 2001-2017 Comsenz Inc.

快速回复 返回顶部 返回列表
Open Chat.
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start